2. Mengalakan pelajar mencari jawapan terhadap sesuatu masalah dan guru memainkan peranan membimbing pelajar menyelesaikan masalah.
3.Memberi galakan dan menunjukkan minat dan yakin dengan apa yang diajar.
4.Menggunakan pelbagai jenis bahan pendidikan dan bahan bantuan mengajar untuk menarik perhatian pelajar.
5.Membantu pelajar memahami makna dan integrasi isi kandungan kurikulum dan pastikan semua murid memahami apa yang dia ajar.
6.Mengalakan penyertaan pelajar secara optimum dalam kelas. ( walaupun kita tahu pelajar kita tu tak seberapa minat hendak menyertakan diri, sebagai guru kita kena le bagi galakan. jangan terus mencemuh "ape le pelajar saya sorang tu, tak reti nak bergaul ngan orang lain" jangan cakap macam ni ok)
7.Mengutamakan interaksi pelajar dan pelajar berbanding penguasaan guru sepenuhnya didalam kelas.
8.Menghormati dan mendengar buah fikiran dan sumbangan pelajar walaupun buah fikiran itu kurang baik.
9.Melibatkan pelajar membuat keputusan dan bertanggung jawab terhadap keputusan yang dibuat. (sebagai guru kalau buat apa-apa keputusan bawa pelajar-pelajar berbincang sekali, supaya mereka mudah memahami apa pun tanggungjawab yang di beri.
10. Memberi motivasi kepada pelajar
11. Melaksanakan banyak aktiviti untuk menarik perhatian pelajar dan berasa seronok di dalam bilik darjah.
Manis Bicara(Ingatan UntukKu)
Kalau seorang guru mengajar sambil duduk,
Murid belajar sambil mengantuk.
Murid belajar sambil mengantuk.
Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon,
Murid belajar dengan tekun.
Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat,
Murid belajar dengan ralat.
Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap,
ada murid yang bertambah gagap.
ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara,
ramai murid pandai berbicara.
ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai,
tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa,
dikenang murid sepanjang masa.
(^^)
dikenang murid sepanjang masa.
(^^)
yg mnis bcara memg terbaik..hehe
ReplyDelete