Santai Bersama Cikgu



Bagi mengawal ketidakseimbangan kelas, seorang guru haruslah kreatif dalam merancang pencegahan masalah disiplin di dalam kelas. Berikut merupakan beberapa aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru bagi merancang pelaksanaan tersebut.


Aktiviti 1:  Teacher Says


Cara bermain:
1. Murid diminta berkumpul dan berdiri dalam satu bulatan yang besar dan guru berdiri di tengah.
2. Guru menyebut "Teacher says tutup mata sebelah kanan" atau "Teacher says, angkat kaki sebelah kiri".
3. Guru hendaklah menyebut "Teacher says" terlebih dahulu dan semua pemain wajib ikut, jika tidak melakukan arahan tersebut akan dikenakan hukuman.
4. Bila guru tidak menyebut "Teacher says" di awal kalimah maka pemain tidak boleh menurut perintah tersebut kerana bukan 'Teacher' yang berkata. Hukumannya menggantikan posisi instruktur dalam memberi arahan.









Aktiviti 2 : Picit-picit Sayang

1. Guru meminta semua pelajar berdiri
2. Kemudian guru meminta pelajar untuk membuat senaman ringkas dengan meluruskan tangan ke hadapan ke tengah dan ke belakang untuk membuka tapak tangan.
3. Seterusnya guru mengarahkan murid untuk menghadap ke sebelah kanan, memegang bahu dan memicit kawan mereka. Setelah selesai beberapa ketika guru meminta mereka menghadap ke kiri pula dan melakukan perkara yang sama.
4. Kemudia guru meminta murid berpandangan sesama sendiri kemudian mengucapkan "Saya sayang awak" antara satu sama lain.









Aktiviti 3: Sila Ulang Saya

1. Guru menyatakan peraturan bersama pergerakan badan kemudian meminta murid untuk mengulang peraturan yang telah disebut oleh gurudan membuat gerakan tersebut.
2. Murid diminta untuk mencari pasangan masing-masing
3. Murid akan memberitahu pasangan masing-masing tentang peraturan yang mereka yang dipelajari bersama gerakan.
4. Apabila guru menyebut 'switch' mereka kena bertukar peranan untuk memberitahu kepada mereka tentang peraturan tersebut.
5. Kemudian guru meminta murid untuk berdiri dan menyanyi lagu beramai-ramai.




4 comments:

  1. aktivti yg mnarik...:) keeep it up !

    ReplyDelete
  2. best,,,nnti blh tiru tme prktikum^_^...

    ReplyDelete
  3. semua aktiviti best dan menyeronokkan... terutamanya aktiviti 1 (Teacher Says) aktiviti ini melibatkan kepekaan murid-murid terhadap arahan guru, di samping akan membuatkan mereka fokus kepada guru tersebut. :D

    nice one!!

    ReplyDelete