Thursday 14 March 2013

Cikgu-Cikgu



Seorang guru di Malaysia mempunyai tanggugjawab mendidik kanak-kanak dari pelbagai bangsa, budaya dan agama seperti Melayu, Cina, India, Punjabi, Kadazan dan lain-lain. Disamping itu, guru-guru ini juga menghadapi murid-murid yang mempunyai pencapaian bahasa dan latar belakang sosioekonomi yang berbeza. 



Selain itu, seorang guru permulaan perlu memahami bahawa tugas dan cabaran di setiap sekolah dan setiap bilik darjah adalah berbeza. Bilik darjah merupakan satu tempat yang komples dan mempunyai banyak tuntutan. Aktiviti di dalam bilik darjah melibatkan orang, tugasan, ruang, masa dan bahan pembelajaran. Doyle (1986), telah mengenalpasti beberapa cir yang menjadikan bilik darjah suatu tempat yang unik dan mencabar antaranya adalah:


1. Pelbagai dimensi

Beberapa jenis aktiviti yang berbeza berlaku dalam sesebuah bilik darjah. Guru memberikan arahan, menarik perhatian murid, melakukan demonstrasi, mengawal disiplin. menilai, memberikan maklum balas dan muris pula melaksanakan aktiviti, membaca, mencatat dan berinteraksi dengan rakan. 

2. Serentak

Beberapa aktiviti mungkin berlaku dalam masa yang sama. Misalnya, guru boleh memberikan arahan, menulis atau melukis pada papan putih dan dalam masa yang sama memerhati sekiranya ada tingkah laku yang tidak diingini dalam kalangan muridnya. 

3. Segera 

Guru kadangkala perlu memberikan respon dan membuat keputusan dengan cepat, misalnya jika murid tidak memberikan perhatian guru perlu mnegur pada ketika itu.

4. Sukar diramal

Walaupun guru udah merancang, kadangkala perkara yang tidak diduga boleh berlaku misalnya, murid bergaduh atau jatuh sakit atau laptop tidak berfungsi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

5. Umum

Bilik darjah merupakan tempat terbuka, guru dapat memerhati hampir semua aktiviti murid dan pada masa yang sama setiap tindak tanduk beliau boleh diperhati oleh murid. Oleh itu, guru perlu berhati-hati kerana tingkah laku yang salah oleh beliau mungkin ditiru oleh murid-muridnya.

Pengurusan yang berkesan akan membawa kepada pengajaran yang berkesan. Justeru, ilmu pengurusan bilik darjah itu harus dimahiri oleh semua guru agar mereka lebih bersedia untuk menghadapi tingkah laku murid di dalam bilik darjah.



3 comments:

  1. Blog kamu comel dan menarik! =)

    ReplyDelete
  2. blog yg menarik & sangat2 memberi inspirasi kepada pelajar..tapi kalau boleh background biarlah lebih bersifat terbuka supaya mesra pengguna dari segi umur dan jantina..hehehehe..tq..

    ReplyDelete
  3. Tahniah.. rencana yg sgt menarik.. mohon share kat blog saya.. TQ

    ReplyDelete